Wednesday 16 March 2011

tren kapel zaman sekarang

Budaya couple ni memang popular la dikalangan remaja di negara kita kan. Kita sendiri boleh tengok setiap hujung minggu di pusat beli belah. Memang ramai kan. Ada siap buat benda bukan-bukan sampai orang pandang pun tak sedar. Seronok? Nantila di akhirat korang tengokla seronok ke tak. Ok?
Masa couple bukan main lagi bercintan-cintun, bermadah-madah. Tapi bila rasa nak break, senang je break kan. Itukah cinta? Begitu singkat dan cetek pemahaman tentang cinta kan. Senang je luah “I love you”, lepas tu break. Setakat itu cinta? Baik jangan couple.
Kenapa? Sebab maruah korang la. Masa break, menangis tak ingat, sampai demam dan macam orang tak tentu arah. Tapi selang je beberapa bulan dan ada sesetengah tu selang hari atau minggu je terus cari lain. Lepas tu siap luah “i love you”. Jadi, tengoklah betapa murahnya nilai cinta pada mereka ni.
Itu sebab dalam Islam lebih utamakan bercinta selepas berkahwin berbanding couple sebelum kahwin. Positif dan negatif masing-masing ada tapi bergantung pada kita sejauh mana kita menilai dan mempraktikkannya. Bagi aq, kalau yang sudah couple tu pandai-pandaila jaga batas-batas agama.
Jangan sampai pandai tebuk tapi taknak tanggungjawab. Bertambah-tambahla dosa. Bagi perempuan pula, jangan serahkan harga diri korang pada nafsu lelaki. Jagalah maruah diri korang dan serahkan melalui cara yang halal. Wallahualam

4 comments: